Organisasi Santri Madrasah Diniyah Manbaul Falah
  • Home
  • About
  • Template
  • Design
  • Blogger
  • Tips Tricks
Home » Uncategories » RUKUN IMAN

Selasa, 09 Oktober 2012

RUKUN IMAN



Assalamualaikum wr wb, hai teman" khususnya Osmadim Pondok Pesantren MANBAUL FALAH, sekarang kita belajar tetnag rukun iman,RUKUN IMAN ADA ENAM PERKARA :
1 ) BERIMAN KEPADA ALLAH SWT
Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t berarti wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipta dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.
Seperti firman-Nya yang bermaksud :
"Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang setara atau seumpama dengan Allah."
(Surah al-Ikhlas 1 - 4)
2) BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Beriman kepada malaikat berarti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya dan boleh berupa berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia. Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat terlalu banyak dan kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya.
Nama Malaikat
Tugasnya
Jibril
Menyampaikan wahyu
Raqib
Mencatat amalan keburukan
Atib
Mencatat amalan kebaikan
Izrail
Mengambil nyawa
Mikail
Menurunkan rezeki
Israfil
Meniup sangkakala
Mungkar
Menyoal orang mati
Nankir
Menyoal orang mati
Malik
Menjaga neraka
Ridzuan
Menjaga syurga
3) BERIMAN KEPADA RASUL
Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang.
4) BERIMAN KEPADA KITAB
Beriman kepada kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunya beberapa kitab suci yang merupakan firman Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehinnga kepada Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci.
Senarai kitab dan penerimanya :
  1. Taurat - Nabi Musa a.s
  2. Zabur - Nabi Daud a.s
  3. Injil - Nabi Isa a.s
  4. Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w
Nabi-nabi yang menerima suhuf :
  1. Nabi Syits - 50 suhuf
  2. Nabi Idris - 30 suhuf
  3. nabi Ibrahim - 10 suhuf
  4. Nabi Musa - 10 suhuf
Al-Quran merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran.
5) BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan dibangunkan kembali di padang Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.
Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat :
  1. Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
  2. Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
  3. Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
  4. pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
  5. Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan.
  6. Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit.
  7. Banyak berlaku gerak gempa.
Tanda-tanda besar :
  1. Keluar dajjal merusakkan agama.
  2. Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merusakkan manusia.
  3. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
  4. Hilangnya al-Quran dari mashafnya.
  5. Terbit matahari dari sebelah barat.
6) BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR
Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.
Erti Qadar :
Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai denag batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.
Qadar ada dua jenis iaitu :
  1. Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
  2. Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.
Erti Qada :
Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
  1. Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan yang lain serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t seperti menyembah berhala.
  2. Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t ataupun ciptaan Allah s.w.t.
  3. Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalam keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
  4. Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
  5. Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis. Yakni tidak mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun ingkar terhadap perintah Allah s.w.t dan menafikan kebenaran Islam.
f
Share
t
Tweet
g+
Share
?
Anonim
21.34

Belum ada komentar untuk "RUKUN IMAN"

Posting Komentar

Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda
Langganan: Posting Komentar (Atom)
Find Us :

Postingan Populer

  • Jadwal Shalawatan Habib Syech Maret 2014
     UPDATE JADWAL MAJELIS SHOLAWAT HABIB SYECH ASSEGAF Ahbababul Musthofa BULAN MARET 2014: Monggo Syekher Mania - 01 MARET 2014 ALUN-ALUN U...
  • Jadwal Shalawatan Habib Syech Februari 2014
     jadwal Shalawatan bareng Habib Syech, Ahbaabul Mustofa Syekher Mania. - 01 FEBRUARI 2014 DI RUMAH BP. SULISTYO NGRONGGAH RT 3 RW 12 SRONG...
  • Shalawatan bersama Habib Syech di Kediri Mei 2014
    HABIB SYEKH BIN ABDUL QODIR AS SEGAF Solo akan hadir di Pondok Pesantren Lirboyo untuk bersholawat bersama masyayikh, santri dan masyarakat...
  • Pesan KH. Askandar (KH Abdul Halim Iskandar) Pendiri Pondok Pesantren Manba’ul Uluum Berasan Muncar Banyuwangi
    Pesan KH. Askandar (KH Abdul Halim Iskandar) Pendiri Pondok Pesantren Manba’ul Uluum Berasan Muncar Banyuwangi Semasa hidupnya Mba...
  • MABIT 2014 Malam Bina Iman dan Taqwa
    Ikutilah MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa) di Pondok Pesantren Manbaul Falah Rungkut Menanggal Surabaya. Untuk Umum, Pada hari Sabtu, 2...
  • Jadwal Shalawatan Habib Syech april 2014
    UPDATE JADWAL MAJELIS DZIKIR & SHOLAWAT BERSAMA ALHABIB SYECH BIN ABDUL QODIR ASSEGAF DI BEBERAPA KOTA DI JAWA TIMUR AWAL BULAN APRIL ...
  • PP Manbaul Falah Surabaya
    PP. MANBA'UL FALAH BERDIRI SEJAK TAHUN 2005      Dimulai sejak tahun 2002 KH. Ali Maghfur (putra dari alm. KH. Sadzili Iskandar banyuwa...
  • sunnah urutan memotong kuku
    Diantara kesunnahan dihari Jum’at adalah memotong kuku. “Adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda :”Memotong kuku dan mencu...
  • Ciri ciri dan Kriteria Ahlusunnah Wal Jama'ah
    Ciri-ciri berikut ini adalah sekaligus menjadi barometer Kriteria Ahlus sunnah sebagaimana yang telah diterangkan oleh Imam Ghazali d...
  • Pemaparan Qunut dan Witir Madzhab Maliki
    Oleh, KH. M. Ali Maghfur Syadzili Iskandar, S.Pd.I ولا يقنت فيه إلا في النصف الاخير من رمضان، روي ذلك عن علي وأبي وهو قول مالك ...
-->
Copyright 2014 Organisasi Santri Madrasah Diniyah Manbaul Falah - All Rights Reserved OSMADIM
Template by Evotemplates.Net - Powered by Blogger